Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Adalah Tanggungjawab Bersama

 UniSZA     JKKP     JKKP

PENGENALAN

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ditubuhkan untuk menjaga dan mengawasi keselamatan, keamanan, ketenteraman, keharmonian warga kampus, harta benda dan nama baik Universiti. JKKP di sifatkan sebagai  ‘Administrative Bridge’ pihak berkuasa tertinggi IPTA.

Selain itu, JKKP juga akan menumpukan tumpuan dan komitmen dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada pekerja, pelawat, pelajar dan kontraktor dengan berpandukan Akta 514 - Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk menyediakan persekitaraan dan menerapkan budaya kerja yang selamat dan sihat melalui perkongsian tanggungjawab antara pihak pengurusan dengan pekerja mengikut kapasiti masing-masing untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat dan kondusif tanpa memansuhkan dasar-dasar lain.

Tugas JKKP berperanan menguatkuasakan akta, undang – undang dan peraturan-peraturan sebagai satu ‘Executive Function’ dan status ini perlu difahami warga kampus demi menjaga imej Universiti bagi memastikan kejayaan dalam tugas terhadap masyarakat kampus tidak terjejas sama sekali.