Aluan Pengarah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Selamat datang diucapkan kepada semua pelawat laman web Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Universiti Sultan Zainal Abidin (JKKP UniSZA).

bos Recovered

Saya berharap agar laman web ini dapat membantu anda mengetahui lebih lanjut berkaitan peranan dan aktiviti JKKP UniSZA sebagai sumber rujukan utama untuk maklumat yang diperlukan. Laman Web JKKP ini dibangunkan sebagai satu pendekatan / perantara komunikasi yang lebih berkesan dan pantas antara JKKP dengan warga UniSZA.

Semoga dengan adanya laman web ini, warga UniSZA akan dapat mengikuti segala perkembangan JKKP UniSZA dan dalam masa yang sama menggunakannya sebagai satu saluran yang efektif dan tulus untuk memberikan pandangan, cadangan dan maklumat secara terus dan tulus berkaitan hal-hal keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Penyaluran maklumat ini diharapkan akan lebih memberi manfaat dalam usaha untuk meningkatkan lagi perkhidmatan secara efisien kepada warga UniSZA. Justeru, saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan maklumat dari seluruh warga UniSZA agar keselamatan dan kesejahteraan kampus UniSZA sentiasa terpelihara.

Pada kesempatan ini, saya sebagai Pengarah JKKP UniSZA ingin menyeru kepada seluruh warga UniSZA agar dapat bersama-sama JKKP di dalam memelihara keselamatan dan kesihatan pekerjaan warga UniSZA bagi mendokong misi Universiti iaitu membentuk insan holistik menerusi pendidikan cemerlang dan penyelidikan berimpak tinggi berasaskan pengalaman pintar untuk melestrasikan masyarakat.

Sekian, terima kasih. Wassalam.