Print

Dari Meja Pengarah

Written by Pentadbir on .

  

ENCIK HASBULLAH BIN ISMAIL

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh, salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Syukur Alhamdulillah, terlebih dahulu saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi di atas perlantikan saya sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan. Perlantikan ini merupakan satu tanggungjawab dan amanah sangat besar yang harus saya pikul untuk memastikan misi dan visi Jabatan Keselamatan dapat dicapai.

Selamat datang ke laman web Jabatan Keselamatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Sekalung tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan Jabatan Keselamatan atas usaha dalam mewujudkan pendekatan komunikasi yang lebih berkesan antara Jabatan Keselamatan dengan semua pelawat melalui penggunaan laman web ini. 

Dengan adanya laman web ini, semua pelawat dapat menerima maklumat secara terus berkaitan hal-hal keselamatan UniSZA. Malah akan lebih memberi manfaat dan maklum balas lebih berkesankepada Jabatan Keselamatan dalam mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatannya kepada semua warga UniSZA dan pelawat.

Akhir kata Jabatan Keselamatan akan berusaha memperbaiki dan mempertingkatkan lagi mutu laman web kami supaya lebih berinformasi kepada seluruh warga kampus dan pelawat.

Sekian, terima kasih.

“Be Safe & Stay Safe”

 

Pengarah Jabatan Keselamatan
Universiti Sultan Zainal Abidin

Alamat

Jabatan Keselamatan
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus, Terengganu
Tel: 09–6687753   Faks: 09-6687853
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Siapa di talian

We have 32 guests and no members online